BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mukadimah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah dan Tahun Baru.



Dh msuk pon kn thun bru bagi umat Islam di seluruh dunia nie..bkn thun 2011 ye..yng main bunga api kt Dataran Merdaka tu..nie lain bro.Tahun Baru Islam disambut dgn bce akhir thun dan diiringi oleh doa awal thun..kt mne pon bleh buat.rumah..surau..masjid..n lain2..

Korang ade azam bru tak.? n korang tau ke ape sbnenye mksd hijrah tu?
hari nie aku kupas kn tajuk HIJRAH untuk korng yng follow blog aku nie..

Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.yng dimne hijrah Nabi Muhammad S.A.W..nie byk tmpt.pengorbanan Nabi ssungguh nye hbat.! antara hijrah Nabi ialah:



Hijrah ke Habsyah

Dua belas laki-laki dan perempuan dua belas sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, al-Habasha, dari mana "Abyssinia" berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah berhenti.

Hijrah ke Madinah

biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.
HariTarikhNota
Hari 1
Khamis
26 Safar SH 1
(9 September 622)
Meninggalkan rumah di Mekah. Tinggal tiga hari di Gua Thur di dekat Mekkah.
Hari 5
Isnin
1 Rabiulawal SH 1
(13 September 622)
Meninggalkan lingkungan di Mekkah. Perjalanan ke daerah Yatsrib.
Hari 12
Isnin
8 Rabiulawal SH 1
(20 September 622)
Tiba di Masjid Quba dekat Madinah.
Hari 16
Jumaat
12 Rabiulawal SH 1
(24 September 622)
Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat.
Hari 26
Monday
22 Rabiulawal SH 1
(4 October 622)
Pindah dari Masjid Quba ke Madinah.


Ulama-ulama pernah mngatakn bhwa HIJRAH ini sbrnye mnpunyai takwim nye sndri.Ulama pernah mnyatakn bhwe "Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi."

Tringat jgak ayah aku dok slalu brcerita kt aku.pasal hijrah gak.aku dok dpan ayah aku tulis ape yng die sebut..
gak2 kisah die mcm nie kot..
Teringat kisah ketika rasulullah SAW hijrah ke kota yastrib yang sekarang adalah Madinah.

Tanpa perjuangan beliau mungkin Islam tidak sampai sebesar sekarang. Yang perlu kita pelajari adalah hikmah di balik peristiwa hijrahnya Rasulullah SAW. Apa saja yang belia lakukan ketika hijrah, dan Mengapa beliau melakukan tindakan seperti itu ketika Hijrah. Mari sama-sama kita pelajari apa maksud dari peristiwa-peristiwa yang terjadi di masa hijrah ini.

Hikmah dibalik peristiwa hijrah ini sungguh sangat berharga bila kita ambil. Rasulullah SAW merencanakan untuk hijrah dengan rencana yang matang sedemikian rupa. Ini menunjukan pengajaran kepada kita semua bahwa kita umatnya harus meniru apabila kita merencanakan sesuatu harus benar-benar matang sehingga hasil dari apa yang kita lakukan boleh berbuah keberhasilan..

Benar-benar usaha lahiriah yang sangat besar dari Rasulullah. dari mulai persiapan beliau pra hijrah dan saat hijrah berlangsung. Mungkin akan menjadi hal  yang berbeza jikalau rasulullah hijrah dengan terbang atau seperti kisah beliau pada saat Isra dan Mi'raj maka keadaanya akan berubah 180 drajat. Inilah pelajaran yang di ajarkan baginda Rasulullah SAW dalam kehidupan untuk selalu usaha jika ingin sbuah perubahan,berhijrah dari segala hal yang buruk ke dalam hal yang baik tidak mudah dan sangat memerlukan usaha dan tawakal kepada Allah.

Setelah puncak usaha untuk hijrah, beliau SAW pada waktu itu bersama sahabat Abu Bakar dan berangkat dari Makah setelah umat islam semua telah meninggalkan Makah. Nah ini menunjukan bahwa hakikat seorang pemimpin harus lebih mementingkan keselamatan umatnya.Mendahulukan umatnya dan membiarkan dia terakhir dan memastikan bahwa umatnya telah selamat didepan.

Ketika dalam perjalanan beliau sempat bersembunyi daripada dikejar kafir quraisy di gua yang sempit iaitu Gua Tsur. Di gua itu banyak lubang-lubang haiwan. Abu Bakar ra lalu menutupi lubang itu dengan kakinya sehingga  Abu Bakar ra menitiskan air matanya dan Rasulullah menghibur dengan berkata "jangan sedih kerana Allah menemani kita". Ini menunjukan bahwa usaha yang jika sudah sampai puncaknya maka semua urusan diserahkan pada Allah. Ertinya kita di suruh untuk selalu bertawakal ketika sudah berusaha sebanyak yng mungkin.
 

Ketika sampai di Yastrib di sbuah kampung yang bernama Quba maka Rasulullah SAW pertama kali membangun masjid. Mengapa Rasulullah membangun masjid? dan beliau tidak membangun rumah untuk beliau tinggal. Ini semua menunjukan bahawa orang yang akan berdakwah dijalan Allah pertama harus memperhatikan masjid dan urus urusan agama dahulu, jangan urusan dunia dahulu.

Dan setelah tinggal di kota Yastrib mendapatkan masyarakat yang kurang bersatu, perang antara suku, saudara di kota tersebut. Suku muhajirin atau pendatang beragama Islam, pribumi dua suku 'aus dan khajraj beragama Islam, dan tiga suku Bani Quraidhah, Bani Qainuqa, dan Bani Nadzir beragama Islam. Sehingga mereka smua dipertemukan oleh Rasulullah SAW dan akhirnya boleh dipersatukan dengan perjanjian yang bernama "Piagam Madinah" yang disetujui oleh mereka.

Sehingga nama kota Yastrib diganti dengan nama kota Madinah yang sebelumnya juga pernah bernama Thoyibah.

Suatu ketika ada orang Islam membunuh yahudi. Rasulullah SAW marah besar dengan mengatakan "Man Qotala Dzimmiyan Fa Ana Qosmuh" siapa yang membunuh kafir maka berhadapan denganku. Subhanallah... Ini menunjukan betapa hormatnya Rasulullah SAW dengan apa yang telah dipersetujui.

Suatu ketika ada pencuri perempuan ditangkap, dan perempuan itu daripada keluarga orng kaya. Tapi apa kata Rasulullah? "Jikalau kau tangkap Fathimah anakku maka aku sendiri yang akan memotong tanganya. Subhanallah... Betapa adilnya pemimpin kita.

Inilah pelajaran berharga bagi kita dari peristiwa hijrahnya Rasulullah SAW sehingga membawa Islam sampai sebesar sekarang ini.

Masih banyak faidah dari peristiwa hijrahnya SAW yg belum kita ambil.

Maka dari itu saya ucapkan Selamat Tahun Baru Hijriyah. Dan mudah-mudahan di tahun ini kita menjadi kaum muhajirin, kaum yang berhijrah dari keburukan menuju kebaikan, dari jalan syaitan menuju jalan yang di redhai Allah SWT. Amiin...



SESUNGGUH NYA YNG BURUK DTG DRI AKU SNDRI YNG BAIK DTG DRIPADA ALLAH S.W.T..
AMIN..

p/s: ade azam bru tak..?hehehe..klu ade share ngn aku..

0 comments: