BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mukadimah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 22, 2010

1 MALAYSIA DICIPLAK?

ha! korang tgk tak brite smlm..ape la korng nie brite pon tak tgk..
asyik mengadap facebook je.hahaha..gler btol la kornag nie..ish2.
sape2 yn tgk tahniah aku ucapkn krne mngikuti perkembangan
semasa..kpada korng yng tak tgk tu..korng bce tittle entry aku tu..
ha!..pasal kes 1 Malaysia diciplak..haiya..btol ka? enth la aku sndri pon tak tau..


so smlm aku on je tv kt umah aku yng nk berhabuk tu..bkak2 je
pasal 1 Malaysia diciplak..ish2..aku sndri pon tak tau kbenaran nye btol ataupon
tak btol..


kesian kt Perdana Menteri kite yng keenam nie..yeke ke yng keenam..btol la.
aku sepak orng kang. sape2 yng ckp tak btol tu.Perdana Menteri kite iaitu
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK.


penat2 direka sndri 1 Malaysia tu pastu ade orng ckp bnde tu diciplak..
Ya Allah..brdosa btol sape yng tuduh tu.korang yng tuduh tu ade bukti
yng kukuh ke pasal idea 1 Malaysia tu negara lain yg pnye..


disamping itu..ceh..pkai penanda wacana.hahaha..tak pe2.. pratik kan
sbb thun dpan spm..hahaha.klu korng tak percye.aku ltak kn keratan akhbar 
berita harian nie..



Nasional

'1Malaysia diciplak dusta besar'
Oleh Nazura Ngah dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2010/12/22

Najib terkilan tuduhan pembangkang, negara melangkah berdasar realiti

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, dakwaan kononnya konsep 1Malaysia diciplak daripada negara lain adalah satu pendustaan besar.
Sambil menzahirkan rasa terkilan atas tuduhan itu, Perdana Menteri berkata, ia adalah ciptaan sendiri dan beliau bertanggungjawab terhadap konsep berkenaan.
“Ini bukan ciplak daripada negara lain, ini ciptaan kita sendiri. Negara lain boleh ada ‘one’ ini ‘one’ itu, tetapi tidak ada negara lain yang ada 1Malaysia – Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Tritahunan Cuepacs kali ke-25, di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaysia, di sini, semalam. 

Najib sebelum ini dibidas pembangkang, terutama Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kerajaan, melalui firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide menciplak konsep 1Malaysia, berdasarkan konsep One Israel yang dicipta syarikat itu untuk Israel pada 1999.

Dakwaan itu menyebabkan Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati dakwaan itu tidak benar. 

Selain Anwar, tiga lagi anggota Parlimen pembangkang, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) menerima nasib sama selepas didapati menghina dewan atas isu sama. 
Mengulas lanjut Najib berkata, negara melangkah berdasarkan realiti dan bukan berdasarkan sesuatu yang menjadi igauan atau direka.

“Mereka cuba memperdagangkan apa yang kita reka, tetapi nyata sekali tidak berpijak di bumi nyata. Saya sebut perkara ini sebab amat mudah untuk kita membuat sesuatu sebagai politik janji, tetapi apakah politik itu berdasarkan pendekatan amat populis yang akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya,” katanya

______________________________________________________________________________________________


ha..cian Perdana Menteri kite..
ish2..


p/s: jhat sungguh mereka yng menuduh itu..

0 comments: