kebetulan kan..esk merupakan HARI MAULIDUR RASUL..ari nie pulak Valentime's day..kebetulan kedua- dua ari nie jatuh pada bersebelahan tarikh je kan..tetapi mne satu kah kite akn pilih? kemungkinan korang yang ade kekasih nie msti pilih Valentime's day right? hahaha..valentime day nie adalah diharamkn oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 pada 2005 yang dimana hari valentime day nie tidak prnah dianjurkan oleh Islam..dn tetapi ade jugak yng masih brdegil nk smbut hari valentime nie kn...
bodo..bodo..bodo..
ok..sebut tntang valentime nie mmg tak cukup satu entry nie..so aku ringkas kn die..menurut Islam hari valentime nie amat ditegah kerana hari valentime nie mmpunyai unsur-unsur ajaran kristian yang dibawa oleh budaya Barat bagi merosakkan akidah umat Islam.. ia secara tidak langsung bertujuan melekakan serta merosakkan akidah dan akhlak masyarakat Islam terutama generasi muda Muslim di negara kita.
Monday, February 14, 2011
Antara Maulidur Rasul dan Valentime's day.
Mengenai Maulud Nabi pula, apabila tiba tarikh tersebut barulah kita sibuk menyebut nama baginda Rasulullah SAW. Kita mula kembali masuk ke masjid mendengar ceramah perjuangan baginda. Kasih sayang terhadap baginda ditunjukkan menerusi semangat berarak di jalanan sambil berselawat dengan kuatnya. Namun amat malang juga, selang sehari selepas itu, semangat itu entah hilang ke mana. Sunnah baginda pula dibuat tidak endah. Adakah cinta kita pada Rasulullah SAW hanya layak diberikan pada tarikh kelahiran baginda sahaja? Mengapakah kita sibuk berarak yang entah kita tak tahu sunnah atau tidak, sedangkan sunnah yang dituntut lain kita tinggalkan sama sekali?
Berdasarkan persoalan-persoalan yang diberikan pada kedua-dua situasi di atas, saya ingin mengajak anda berfikir, mengapakah tindakan kita hanya dilakukan bermusim sahaja? Apakah tuntutan agama hanya khusus terhad pada satu-satu hari tertentu sahaja? Alangkah indahnya jika semua orang menganggap setiap hari adalah Valentine’s day dan setiap hari juga adalah Maulud Nabi. Maka setiap hari juga kita menentang segala gejala songsang membabitkan pasangan kekasih, dan setiap hari juga kita sentiasa menjunjung baginda Rasulullah SAW dengan sentiasa melaksanakan sunnah baginda. Mulai sekarang, ubah cara kita berfikir!
Posted by eemiee at 6:49 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment